Tuesday, January 5, 2010

Public Mutual isytihar tiga daripada dananya


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd, mengisytiharkan agihan bagi tiga daripada dananya.

Agihan kasar keseluruhannya adalah 8.0 sen seunit bagi Public Savings Fund, 0.75 sen seunit bagi Public Focus Select Fund dan 2.0 sen seunit bagi Public Islamic Enhanced Bond Fund.

Agihan yang diisytiharkan itu adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Public Mutual adalah syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia, dengan menguruskan 72 dana.

Ia mempunyai lebih 2.0 juta pemegang akaun dan sehingga 30 November 2009, nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat itu adalah RM34.7 bilion. - Bernama

My Comment : Sila lihat CHART ( Harga Public Saving Fund semakin naik walupun selepas diisytiharkan dividen itu, ini membuktikan Kata-kata yg selalu menyebut biasanya lepas dividen harga Unit Amanah akan jatuh ternyata TIDAK TEPAT )